Saturday, August 1, 2009

Lubang

Saya sedang berjalan di sebuah lorong dan terdapat sebuah lubang yang dalam di tengah-tengah lorong tersebut.Saya terjatuh ke dalamnya.Saya mengambil masa yang lama untuk keluar dari dalam lubang itu.Tetapi apa terjadi bukanlah salah saya.

Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi.Dan sekali lagi saya terjatuh ke dalam lubang yang sama.Ianya menjadi seperti satu kebiasaan.Apa yang terjadi sudah tentu disebabkan oleh kesalahan saya sendiri.Saya keluar dari lubang itu dengan segera.

Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi dan terdapat lubang yang dalam di tengah-tengah lorong itu.Saya berjalan di tepi lubang itu.

Akhirnya saya berjalan di lorong yang lain.

Fikirkanlah tentang lorong yang sedang anda lalui sekarang.Adakah anda sering terjatuh ke dalam lubang yang sama,yang kemudiaannya merosakkan diri anda sendiri?

Dan kenapa anda masih lagi terjatuh ke dalamnya walaupun anda sedar tentang kewujudan lubang tersebut?

Kenapakah begitu sukar bagi anda untuk mengelakkan diri daripada terjatuh ataupun menggunakan lorong yang lain?

Maka,berubahlah dan anda akan mencapai kejayaan.I/allah.

Friday, July 31, 2009

Burung

Angin pagi membawa banyak rahsia yang ingin disampaikan kepada kamu. Janganlah tidur.

Kicauan burung di waktu pagi.
Pepatah Inggeris yang bermaksud :
'Burung yang bangun awal akan mendapat cacing yang lebih banyak' or
'Early bird catches the worm'

Pepatah itu tidak menyebut 'Kucing yang bangun awal akan mendapat ikan' ataupun 'Anjing yang bangun awal akan mendapat tulang'

Mungkin orang terdahulu mencipta pepatah ini beratus tahun dulu menyaksikan kejadian awal pagi.

Bangunlah di awal pagi. Kita dikurniakan rezeki ketika ini. Bangunlah. Pergilah dapatkan rezeki-rezeki itu sebelum matahari naik.

Patutlah kita tidak menjumpai kunci yang membuka pintu rezeki yang diberikan oleh Allah.Kerana apabila kita terjaga dari tidur, tempoh pengurniaan rezeki sudah pun berakhir.

Maka.Bangunlah di awal pagi.I/allah.